Posted at 11:54 by faeizah
Permalink
"Saya Yang Menurut Perintah"
Teringat masa jumpa kawan aku Liza hari tu..dia kata.."aku bertahan keje sini sbb ada ramai kawan". Liza ckp macam tu sbb dah 6,7 thn dia keje kat company tu (sorry tak boleh sebut nama hehhe)..baru skali dpt increment & bonus. Berbeza ngan aku. Aku boleh bertahan keje sini sbb upahnya. Kawan2?? ..Takde sgt kot. Maksud aku kawan rapat le. Adalah sorang dua tiga..yg boleh sabar dengar aku bercerita hehhe. Yelah kan..kita nie kdg2 nak share stories..bukan semua org nak dgr cerita kita dan bukan semua org boleh simpan cerita kita. Kena hati-hati beb!!
So, memandangkan kita nie makan gaji..apa boss kita suruh, kita kena buat le kan (kang kurang merit plak kan?!). Tapi kadang2 suruh buat benda2 yg aku rasa tak perlu. Ingat sistem department aku nie canggih sgt ke?? Klik sana klik sini..dah dapat.
Time2 nie la aku teringat boss lama aku. Tapi tu la..zaman Mr Amarjit dah berlalu. Sekarang nie pemerintahan baru, kena ikutle kan.
Management punya seminar bulan Mac. Huhh! "Dato', boleh tak kalau saya tak pegi??". :P
Posted at 15:51 by faeizah
Permalink
Last week aku pergi rumah Liza tempah tudung. Bagusnya kawan aku sorang nie..pandai menjahit. Kelabu mata hitamku tengok byk kain dalam bilik menjahit dia. Taktau nak pilih yg mana..hehhe. Biasalah bila cerita ngan mak aku..aku le kena balik.."dulu org suruh belajar menjahit taknak!", kata mama...hehhhe. Ehh..aku belajar dulu jahit baju kurung..tapi aku tak praktik. So lupa laaa. Kalau tak..skang nie boleh jahit baju sendiri. Skang upah jahit dahle mahal..
Aku sepatutnya mula kerja pada 28/12/09 yang lepas. Tapi aku apply cuti sampai hujung tahun. Kepala otak aku belum set lagi nak kerja walaupun dah 2 bulan cuti. Biasalah penyakit "M" tu hehhe..lagi lama cuti, lagi malas nak kerja. Aku dah terbayang byk kerja menanti. Nak masuk ofis..berdepan dgn pelbagai kerenah manusia....letih sungguh!
Sekejap je rasanya dah nak masuk tahun baru. Tahun 2009 hampir melabuhkan tirainya. Apa azam 2009 kalian yang dah tercapai? Dan yg tak tercapai??? Aku tak ingat apa azam aku hehhe. Just live the life with the fullest. Apapun tahun 2009 sangat bermakna kerana aku dianugerahkan cahayamata. Cabarannya akan datang...am i gonna be good mother? A good wife? Also a good daugther to my parents??? Hmmm...
Buat masa nie aku akan hantar Dina kat rumah parents aku di Selayang. Aku pun taktau life aku cemana lepas nie. Husband aku suruh duduk Selayang..weekend baru balik Ampang. Tapi husband aku duduk Ampang le..taknak biar rumah kosong. Sebabnya..kalau nak hantar Dina dari Ampang ke Selayang lepas tu pergi kerja...pukul berapa plak aku nak keluar rumah. Hmm...ntahla... Tapi itulah keadaannya..aku yang nak hantar Dina kat Selayang. Takut le nak hantar nursery..dia baru 2 bulan. Dahle skang dalam paper macam2 cerita..
Apapun..Selamat Tahun Baru 2010. Semoga kita dapat meneruskan kehidupan setahun lagi. InsyaAllah..dengan izin Tuhan..
Posted at 18:34 by faeizah
Permalink