Tuesday, September 15, 2009
InsyaAllah tinggal 4 hari lagi kita akan meninggalkan bulan Ramadhan.
Cemana ya amal ibadat kita di bulan mulia nie?? Semoga ianya diberkati
Allah S.W.T.
Time mcm nie boleh nampak ramai kat ofis aku bila balik mesti ada
jinjing plastik. Kuih, kerepek, kekacang...u name it! Termasuk jugakle
aku hehhe. Aku takdelah beli byk sgt. Adalah sikit2. Tempeyek kacang
tanah aku order 2 bungkus...sebungkus aku dah bukak dah hehe. Tak
sempat tunggu raye aku dah makan dulu.
Raya tahun nie aku beraya di KL je. Tapi tak sure balik mana
dulu..belah husband aku or belah aku dulu. We haven't discuss yet. Sbb
latetly byk benda lain difikirkan & nak disettlekan. So..rasenya
hari jumaat malam baru pikir nak balik mana dulu. Takpelah..apa2 kat
sini je.
This week..kandungan aku masuk 35 weeks. Baby aku bergerak aktif dlm
perut nie. Aku dah terasa sakit belakang. Kekadang rasa cepatle baby
nie keluar sbb ada masanya aku mcm tak larat dah...
Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri buat semua. Mohon maaf jika ada silap & salah selama nie.
P/S: Thxs to kolin sbb call aku last week. Lama tak borak ngan ko...
Posted at 11:21 by faeizah
Permalink
Wednesday, September 02, 2009
Hari
nie kita dah berpuasa selama 12 hari. Kejap je rasanya.
Alhamdulillah...so far, aku larat berpuasa. Dekat ofis nie semuanya
sibuk order kuih, belek baju raya...al-maklum le yg tukang menjual pun
ramai. Apa nak semua ada hehhe.
Aku adalah order 2,3 jenis kuih raya. Aku bukannya mkn sgt kuih2
nie...setakat rasa sikit2 oklah. Order kuih pun sbb nak bagi mama &
mak mertua aku. Takdelah balik tangan kosong je kan?! Baju raya pun tak
buat. Takyah le..rasa membazir nak buat "baju raya besar"... cukuple
ngan apa yg ada. Aku due 24/10/09...so, sempatle merasa ketupat,
rendang etc hehhehe
Lately aku byk kuar duit beli brg2 baby. Geram tgk baju2 baby...byk cantik2...
Posted at 15:07 by faeizah
Permalink
Friday, August 21, 2009
Jika semua harta adalah racun, maka zakatlah penawarnya.
Jika seluruh umur adalah dosa, maka taubatlah ubatnya.
Jika seluruh hari adalah nista, maka Jumaatlah pensuciannya.
Jika seluruh bulan adalah noda, maka Ramadhan lah pemutihnya.
Marhaban Ya Ramadhan
Adat jauh berkirim kata,
Adat dekat puji memuji,
Andai ada tersilap kata,
Maaf dipinta sepuluh jari.
Selamat menjalani ibadah puasa.......

Posted at 18:01 by faeizah
Permalink